| |
Analisis
Pasaran Terkini|Pengumuman|Amaran
|
|
Pertanyaan Menerusi Email
(nama pengirim dirahsiakan)
|
|
Soalan 1:
Latar
Belakang Pelaburan
|
Soalan: Latar
belakang Pelaburan
Boleh saya tahu sedikit sebanyak tentang pengalaman En Nasir
dalam bidang pelaburan?
Jawapan:
Saya adalah pelabur sepenuh masa dalam bidang FOREX dan
pasaran saham KLSE (Kuala Lumpur Stock Exchange) sejak saya
berhenti kerja di Intel Technology pada tahun 2005.
Year to date turnover saya pada tahun 2007 bagi pelaburan
saya di Bursa Saham Kuala Lumpur telah mencecah hampir
RM3.4 Juta (sila lihat
bukti dari penyata Maybank Online Securities Investment
Centre atau SIC diruangan
Hasil Forex Saya)
Saya bermula dengan modal yang kecil sahaja.
Pelaburan
saham dan forex adalah sumber utama pendapatan saya.
Keuntungan forex dan saham saya gunakan untuk membeli dan
menambah hartanah berupa rumah dan condominium yg saya
sewakan bagi menambahkan pendapatan selain memenuhkan ASB
saya dan isteri (ASB kami telah mencapai had maksima
RM400,000).
Secara
ringkasnya, kerjaya saya sekarang adalah FULL TIME
TRADER/INVESTOR ( I'M TRADING FOR A LIVING)
|
|
Soalan 2:
Firma broker forex
|
Soalan: Membuka
akaun forex
Saya ingin membuka akaun forex.
Perlukan nasihat dr en untuk memberikan cadangan beberapa
firma broker forex yang boleh dipercayai, diiktiraf dan sah.
Jawapan:
Berkenaan firma broker forex yg dipercayai,diiktiraf & sah,
broker forex itu perlulah mendaftar dan diiktiraf oleh
Futures Commission Merchant (FCM) with the Commodity
Futures Trading Commission (CFTC) and is a member of the
National Futures Association (NFA)
Lesen broker forex dikawal dengan dgn sangat ketat dan sukar
diperolehi. Sesuatu syarikat broker forex itu perlu memenuhi
syarat dan peraturan majlis kewangan antarabangsa seperti di
atas. Antara broker forex yg diiktiraf ialah:
1- FXCM, Forex
Capital Market,USA (www.fxcm.com)
2- FXSol (http://www.fxsol.com)
3- FXCH, Forex Clearing
House ( http://www.forex-swiss.com)
4- InterbankFx (http://www.interbankfx.com/)
dan banyak lagi. Untuk dapatkan senarai penuh broker forex
yg diiktiraf, boleh layari http://www.nfa.futures.org/
|
|
Soalan 3:
Kemusykilan
|
Soalan: Musykil,
ragu & was-was
Saya ni tak pandai sangat dalam forex..baru belajar. Kalau
betul la u boleh buat duit banyak tu saya nak belajor jugak.
Tp saya ada kemuskilan sikit la kat result yg u tunjuk
tu..betul ke banyak tu?
Kalau betul saya pun nak beli buku tu...n bangga dapat
belajo ngan u. Mungkin u boleh email kat saya dan jawab
kenapa "close position result tu lain macam je"..kalau semua
dah terjawab saya akan sokong la.
Contoh yg saya tak paham: open price 9596..close 9687..tapi
P/L 455? sepatutnya 91...itupun kalau betul la...lepas
tu plak interest usd6...u close hari yg sama kenapa ada
interest..tambah plak beli 500k....yg lain2 tu
byk jugak la yang saya ragu2..tp takpala mungkin kita boleh
berbual jadi kawan
Jawapan:
Jika anda tidak faham membaca P/L, mungkin anda belum pernah
trade forex atau terlalu baru.
Dalam
contoh dilaman web ini, saya trade menggunakan akaun
standard (tapi jika modal anda kecil, anda boleh trade
menggunakan akaun mini)
1 lot standard GBP/USD modalnya ialah USD1000 (mini akaun
hanya USD50 dan ada juga USD25 tapi lebih kecil modal, lebih
kecil pulangan)
Dengan menggunakan leverage 1:100 yang disediakan
oleh broker forex, maka 1 lot adalah bersamaan USD100k.
Dalam contoh itu, saya telah membeli 5 lot sekali gus, sebab
itulah ia menunjukkan 500K.(dalam forex, anda tidak
memerlukan modal USD500k untuk membeli matawang sebanyak itu.
Buku saya menerangkan dengan lebih detail)
Open 9596 & close 9687 untungnya
91pip bagi setiap lot, oleh kerana saya membeli
5lot, maka saya mendapat 91pip x 5=
455pip.
Setiap satu pip bagi pair GBP/USD (standard account
forex), untungnya adalah USD10 (lain pair, lain
keuntungan pipnya).
Maka, bagi bagi transaksi GBP/USD tersebut:
(12 jam sahaja) saya telah
mendapat:
91pip x 5 lot
=455pip x USD10 =>USD4550 (RM15,925)
Jawapan 2: Interest
Tak kiralah sama ada anda membeli pada pukul berapa, jika
position anda tidak close pada jam 5pm waktu US, u r subject
to interest (wpun jika anda membeli pada jam 4:59pm).
Jika
position anda Long/Buy, anda akan memperolehi interest
tetapi jika anda short/sell anda akan dikenakan/dicaj
interest. Kenapa ada interest ini? Ianya sbg insentif
bagi menggalakkan pelabur membeli sesuatu matawang
itu dan mengenakan/caj interest untuk mengelakkan orang
short/sell matawang itu.
Rasionalnya, semua negara mahu matawangnya naik dan kukuh (ini
berlaku jika ramai pelabur membeli/BUY/LONG matawang negara
tersebut). Apa terjadi jika ramai pelabur Short/sell
sesuatu matawang itu? Ya, matawang itu akan jatuh nilainya.
Itulah yg berlaku semasa krisis kewangan dahulu
apabila George Soros "short" matawang Asia sehingga
matawang Asia jatuh teruk pada tahun 1997.
Contohnya, jika ramai orang membeli matawang ringgit,
tentulah ringgit akan naik. Untuk menggalakkan org membeli
ringgit, bank pusat akan memberi insentif berupa interest
kepada pelabur.
Dalam contoh saya itu, position GBP/USD saya masih
berterusan menghasilkan keuntungan serta saya juga mendapat
keuntungan interest. Maka, saya close position itu lewat
sedikit iaitu pada jam 9pm (us time) untuk mendapatkan
keuntungan yg semaksima yg mungkin. Saya beli jam 10:15am
dan jual pada jam 21:17pm (walaupun tempohnya hanyalah
kurang dari 12jam pada hari yang sama).
Trade yg dipaparkan itu adalah bukti sebenar, bukan
rekaan. Anda juga boleh semak untuk melihat report
generated by FXCM. Periksa samada tally atau tidak dengan
close position saya itu.
Harap dapat menjelaskan soalan anda.
|
|
Soalan 4:
Ragu-ragu &
was-was
|
Soalan: Was-was
Sebenarnya saya sudah lama ingin menceburkan diri dalam
dunia forex tetapi setakat ini saya belum lagi menemui satu
sistem atau guide yang betul-betul boleh dipercayai kerana
seperti yang kita semua tahu dengan dunia yang serba online
saya tentunya tidak mahu ditipu.
Pertanyaan saya adakah ebooks kuasa forex ini betul-betul
boleh dipercayai dan betul-betul mendatangkan keuntungan
seperti yang dipaparkan di website Kuasa Forex tentang
kejayaan Encik Nasir Yaacob?
Harap maaf sekiranya pertanyaan saya ini menyinggung
perasaan anda.
Jawapan:
Saya faham kebimbangan anda kerana byk laman web diluar sana
yg cakap kosong saja & menjual ebook yg entah apa2.
Ramai yg frust akibat membeli dari beberapa laman web ebook
forex dan juga laman web yang kononnya boleh kaya dalam masa
5 minit, ada juga laman web yang kata boleh buat duit
juta-juta dan berbagai-bagai lagi (biarlah saya rahsiakan
laman web itu) tapi tiada sorang pun tahu siapakah orang
tersebut kerana mereka ini merahsiakan identiti & mereka
ini hanya menggunakan syarikat Sdn Bhd atau enterprise saja.
Saya dengan telus mendedahkan identiti dan tampil ke hadapan
menganjurkan seminar forex bagi membimbing dan membantu
lebih ramai lagi orang diluar sana mengubah nasib mereka
kearah yang lebih baik. Alhamdulillah, setakat ini, ramai
graduan/portege kelas forex saya berjaya menjana pendapatan
yg tinggi.
Saya tidak memaksa anda percaya apa yg saya katakan. Saya
rasa beberapa bukti dan trades yg saya paparkan di website
saya itu sudah mencukupi. Jika masih tidak percaya,saya
tidak boleh berbuat apa-apa.
p/s: Pengirim ini
adalah orang yg sama pada SOALAN 9
|
|
Soalan 5:
Software
|
Soalan: Software
Sebelum ini saya telah terlibat dalam forex selama 5 bulan
tetapi belum ada keuntungan. Asyik topup saja hingga duit
pun nak habis.
Saya tertarik dengan pemberitahuan En.Nasir ,besar hati jika
apa yang En. Nasir itu benar,Oleh itu saya sangat berminat
untuk mencuba teknik yang di guna pakai oleh En.Nasir.
Adakah saya perlu buka akaun dengan FXCM untuk guna pakai
teknik2 EN.Nasir?Adakah semua maklumat yang dihantar oleh
EN.Nasir boleh dibaca di atas Komputer saya atau saya kena
ada software/tool lain untuk itu?
Jawapan:
Semua maklumat yg saya berikan boleh dibaca dimana-mana
komputer. Software dan installation software juga ada saya
berikan percuma. Tak perlu membeli apa-apa software atau
tools yg lain.
Teknik saya
ini boleh digunakan, tak kira firma broker apa yg anda guna.
MT4 & Indicator Kuasaforex hanyalah digunakan untuk mengkaji arah
pergerakan pasaran sebagai panduan untuk kita trade. Setelah
kita dapat idea/tahu arah pergerakan pasaran, kita kemudian
boleh trade regardless kita menggunakan broker mana
sekalipun.(tak kiralah sama ada firma broker anda
menggunakan Streamster, TradeStation, XpressTrade,MT4 atau
sebagainya)
MT4
digunakan sebagai carta utama kerana carta lain
kebanyakkannya berbayar seperti Intellichart yang
mengenakan caj bayaran bulanan sebanyak USD100 untuk setiap
bulan. Tentunya anda tidak mahu membayar USD100 sebulan
untuk melihat carta,bukan?
|
|
Soalan 6:
Software
|
Soalan: Panggilan
dari broker forex
Saya telah menerima panggilan telefon dari firma broker
forex saya dari USA & Hong Kong. Adakah ini normal?
Jawapan:
Ya, itu adalah normal kerana broker anda selalunya akan
sentiasa bertanya khabar trade anda dan juga bertanyakan
kalau-kalau anda perlukan sebarang pertolongan dan
pertanyaan yang boleh dibantu oleh mereka.
Untuk pelabur forex dari Negara Asia Tenggara seperti anda
(South East Asia) seperti dari Malaysia,Brunei, Singapore,
Indonesia dan lain-lain,pangkalan atau base station/office
bantuan broker forex anda kebanyakkannya berada di Hong
Kong, selain USA.
Pegawai
Khidmat pelanggan mereka ini sangat ramah dan mesra. Anda
boleh bertanyakan apa saja yg berkaitan dengan forex kepada
mereka.
Base di
Hong Kong adalah lebih mudah untuk kita kerana waktunya sama
dengan kita. Anda tentunya tidak mahu broker anda di USA
menelefon anda sewaktu anda tidur,kan? (2pm di US= 2am di
Malaysia)
|
|
Soalan 7:
OKU
|
Soalan:
OKU
OKU 1
Saya baru berjinak dengan forex lebih kurang baru 3-4 bulan.
Sepanjang masa tersebut saya cuba belajar menggunakan e-book
yang di beli oleh kawan dari laman web lain dan kadang
kadang meminta nasihat dari expert dalam chatting / forum.
Saya menggunakan Marketiva sebagai platform dan kadang
kadang easyforex...tapi sepanjang 4 bulan tersebut saya
asyik kerugian...
Saya berminat dengan pakej yang ditawarkan kepada OKU sebab
saya merupakan seorang OKU..disini saya sertakan kad OKU dan
IC saya..diharap dengan bantuan encik, saya dapat memulakan
satu perjalanan yang baru dan dapat membantu rakan rakan
saya yang lain..
OKU 2
seorang OKU cacat fizikal...skrang sy masih lg blajar di
sebuah IPT di KL..sy amat berminat dengan program ini, sy
harap en. nasir dapt membimbing sy dlm trade ni...kerjasama
dan jasa baik dari encik amat2 sy hargai....
Jawapan:
Saya sedia membantu semua OKU yg berminat tidak kira bangsa,
agama dan keturunan. Pakej Kuasaforex diberikan percuma
kepada semua OKU yang berminat. Anggap saja ini pertolongan
ikhlas dari saya membantu semua OKU bagi menjana pendapatan
yg hebat tanpa bergantung kepda sesiapa. Sama-samalah kita
berdoa semoga usaha yg kecil ini diberkati.
|
|
Soalan 8:
Bahasa
|
Soalan: Bahasa
Hai Nasir saya dr sabah. Saya nak tanya adakah ebook yg
dibekalkan dlm bahasa melayu? Tolong reply dgn segera ya!
coz i tak sabar nak order!
Jawapan:
Ya, ebook ini adalah dalam Bahasa Malaysia yang mudah di
fahami. Ianya ditulis dengan bahasa yang ringkas dan mudah.
|
|
Soalan 9:
Metatrader4 & Trading Platform
|
Soalan: Software
Saya telah habis membaca ebooks kuasaforex dan ia
memang membantu saya
dalam memahami segala pertanyaan tentang forex selama ini.Tetapi
saya ada soalan yang ingin saya utarakan kepada anda:-
1) Software yang anda
sertakan iaitu Metatrader 4 bolehkah saya menggunakannya
pada masa yang sama saya membuka FXCM Trading Station II
supaya saya dapat melihat signal sama ada LONG/BUY dan
SHORT/SELL?
2)
Jika saya ingin membuka mini akaun dgn FXCM iaitu dgn modal
USD300 dan ia juga menawarkan leverage 200:1. Maka, mengikut
pemahaman saya dgn USD50 saya dpt meniagakan 1 lot 10k dalam
forex, jika saya dpt 7pips dlm EUR/USD adakah saya
masih boleh membuat trade yang seterusnya? Sekian,terima
kasih.
Jawapan:
1. Software MT4 hanyalah
bertujuan untuk memberi kita panduan dan carta pergerakan
nilai matawang kerana carta lain kebanyakannya berbayar (contohnya,
Intellichart mengenakan byrn bulanan USD100 setiap bulan).
Jadi, dengan menggunakan MT4 yg diberi secara percuma
dalam pakej kuasaforex ini, kita dapat jimat wang USD100
sebulan untuk carta.
Ini adalah
antara kelebihan forex berbanding
pasaran saham seperti BSKL/KLSE. Carta saham pula
tiada yg percuma. Semua carta saham yg ada dipasaran
berharga sekitar
RM2000-RM3000 cth QuickChart, BursaStation, Nextview dsb.
Yg free pun ada, tapi terlalu basic dan tidak boleh
customize ikut kehendak anda.
Saya menggunakan MT4 sebagai carta panduan FOREX tetapi saya
melakukan trade menggunakan FXCM Trade Station II
(www.fxcm.com)
Ya, anda boleh menggunakan Metatrader 4 sebagai panduan
supaya dapat melihat signal sama ada LONG/BUY dan SHORT/SELL
dari MT4 & pada masa yang sama membuka FXCM Trading Station
II untuk urusan jual beli matawang asing.
2- Jika anda menggunakan
mini akaun, modal yg diperlukan untuk membuka 1 lot (mana-mana
pair) adalah USD50. Ini bermakna dengan USD300, anda boleh
membuka lebih dr 1 lot
p/s: Pengirim ini
adalah orang yg sama pada SOALAN 4
|
|
Soalan 10:
Tiada Modal
|
Soalan: Tiada
modal
Saya masih belajar di IPTS tetapi mempunyai minat yang
mendalam dalam bidang ini. Soalnya saya tidak punya wang
yang banyak untuk bermula.
Soalan saya, adakah saya perlu mempunyai modal yang banyak
atau kaya untuk bermula?
Bolehkah En Nasir memberikan panduan ebook ini secara
percuma kepada saya?
Jawapan:
Syabas saya ucapkan kerana walaupun usia anda masih muda,
anda telah ada kesedaran awal tentang forex. Saya percaya
anda mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya dalam
bidang ini.
Anda tidak perlu menjadi kaya untuk melabur, sebaliknya,
ANDA PERLU MELABUR UNTUK MENJADI KAYA.
Tidak
semestinya perlukan modal besar. Beberapa pelajar saya
berkongsi-kongsi modal dan membuka akaun "real" dan ada yang
telahpun berjaya menjana beribu-ribu sehari walaupun pada
mulanya hanya bermodalkan USDD300 yang dikongsi bersama
rakan-rakan mereka.
Saya mohon
maaf kerana tidak tidak boleh memberi secara percuma kecuali
kepada OKU kerana saya mahu anda berusaha dan berikhtiar.
Sebagai alternatif untuk anda mendapatkannya tanpa
menggunakan wang poket anda sendiri ialah dengan menyertai
program affliliate saya dan memperkenalkan kepada rakan
terdekat atau rakan cyber anda. Anda akan mendapat ganjaran
yang tinggi jika ramai referral anda membeli.
Bukan saja anda boleh mendapatkan ebook Kuasaforex secara
percuma (hasil komisen) tetapi anda juga boleh memenuhkan
poket anda dan selebihnya boleh dibuat modal untuk
trading.Mudah saja,kan?
|
|
Soalan 11:
Bimbingan Personal
|
Soalan: Personal
coaching
Saya orang baru dalam forex.
Saya perlukan sangat bimbingan dan tunjuk ajar secara live
dari orang berpengalaman seperti en. Bolehkah saya
mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan 1 on 1? Saya sangat
ingin berjumpa dgn en. Plzzzz...plzz.plz..Tolonglah saya.
Jawapan:
Jika boleh, memang saya ingin membantu secara 1 on 1. Bukan
kepada cik sahaja, tetapi kepada semua orang yg memerlukan.
Namun kerana masa saya yg sangat terhad, jadual harian yg
padat dan saya juga seorang trader forex dan pasaran saham
KLSE sepenuh masa, sukar untuk saya membimbing ramai orang
secara personal 1 on 1. Jika saya membimbing seorang demi
seorang, saya tentunya tidak boleh berdagang forex dan saham.
Disebabkan saya tidak mampu membimbing ramai orang secara 1
on 1, maka saya menganjurkan seminar Gempur KuasaForex bagi
membolehkan saya membimbing lebih ramai orang secara LIVE
dan direct.
Jika cik perlukan bimbingan secara live, mungkin seminar
saya jalan terbaik. Saya hanya mengambil jumlah peserta yg
sangat terhad untuk membolehkan saya memberi sepenuh
perhatian kepada semua peserta.
Since we're talking about serious money making here (in
forex), dont miss this opportunity. Rugi rasanya jika cik
tidak menfaatkan sepenuhnya kekayaan yg ada pada forex.
|
|
Soalan 11:
FOREX Tipu?
|
Soalan: Forex tipu?
Kawan saya kata forex nih tipu,tiada orang perseorangan yang
boleh jalankan forex melainkan bank sahaja.. is that true?
Dia kata dia pernah kerugian hampir 40 ribu kerana forex
Jawapan:
Jika kawan anda kata orang perseorangan tidak boleh
berdagang forex, ianya jelas menunjukkan dia sendiri pun
tidak faham forex. Bahaya menerima nasihat dari orang yang
sebegini kerana tak pandai, tapi memandai-mandai. Nasihat
dari orang begini sangat senang dicari. Nasihat percuma
seperti ini berlambak-lambak disekeliling anda.
Suatu hari sedang saya berjalan-jalan untuk mencari dan
membeli hartanah (saya gunakan sebahagian untung forex &
pelaburan saham untuk membeli hartanah), saya terjumpa
seorang kawan lama yang kini memegang jawatan tinggi di
syarikat swasta. Dia beria-ia dan sibuk bertanya saya tengah
buat apa. Bila saya katakan saya mencari beberapa hartanah
lagi untuk dibuat sewa, terus dia lantang bersuara.."JANGAN!!!,Jangan
beli hartanah sekarang kerana pasaran hartanah sekarang ni
lembab, susah nak cari penyewa, jatuh harga...bla..bla..bla..."
Panjang sungguh nasihat dia
Bila saya tanya balik, "Wah...awak tentunya pakar dalam
hartanah, tentu byk hartanah awak ada. Kalau awak ada lebih
dan nak jual sebiji dua, juallah kepada saya", dengan
tersengih-sengih dia menjawab "Takde, saya pun sewa jer....err..err
..Awak ada rumah sewa di kawasan Setapak tak? .....nak sewa".
Maaf,
disini bukanlah niat saya hendak menunjuk-nunjuk. Saya
ceritakan ini sebagai pengajaran saja. Saya mempunyai
beberapa hartanah di beberapa lokasi sekitar segitiga emas
KL dan kesemuanya tidak pernah tiada penyewa lebih dari 7
hari! Dan nilai hartanah pula makin meningkat!! Ini kerana
kos semakin meningkat (kos buruh, besi, simen, bata, jentera,
tanah dll). Tak mungkin jika harga kos naik, tapi nilai
turun. Tak masuk akal langsung!! (lokasi memainkan peranan
penting dalam hartanah)
FREE advise
memang banyak, tetapi berhati-hatilah menerima nasihat
percuma ini kerana selalunya diberikan oleh mereka yg tidak
berpengalaman.
Berbalik
kepada kawan anda; pengajarannya hampir sama. Ramai org yg
kata forex tipu dan sebagainya sbb mereka sendiri pun tak
faham pelaburan. Inilah bezanya rakyat di negara maju
seperti USA, Eropah dan Jepun dengan rakyat Malaysia dan
negara2 Asia Tenggara yg lain yang rata-ratanya masih belum
matang dalam soal pelaburan. Kita jauh ketiggalan (sebab tu
kita gelarkan negara2 maju tersebut sebagai negara maju
sebab kita sentiasa ketinggalan dibelakang)
Mungkin ramai yg rugi dalam forex kerana mereka2 ini
kebanyakkannya trade tanpa ilmu, atau menyerahkan wang
kepada orang perseorangan atau penganjur tanpa ada
kawalan mereka sendiri. Bila penganjur lari, siapa yg rugi?
Contoh penganjur (yg sebenarnya main forex) kemudian lari
ialah seperti Pak Man Telo, HYIP, Ponzi, Skim cepat kaya,
Piramid, Platinum Lane, dan 1001 macam lagi. Penganjur ini
mendapat untung berjuta-juta ringgit dari forex (membuktikan
forex memang menjanakan wang yg banyak) tetapi kemudian
mereka ini lari kerana tak mahu berkongsi kentungan dengan
pelabur mereka. SIAPA yg rugi?
Bukanlah
salah forex, bank atau broker forex, tapi salah diri sendiri
yg cetek ilmu atau menyerahkan wang mereka kepada pihak
penganjur yg tak bertanggung jawab ini. Diri sendiri yg
perlu disalahkan kerana tak faham (tapi buat2 pandai) dan
terikut2 pula dengan orang2 yg tak pandai tapi memandai2.
Adalah lebih baik kita yg mengawal wang kita sendiri tanpa
menyerahkan kepada mana2 individu. Saya juga tidak
menerima wang pelaburan dari sesiapa untuk dilaburkan
walaupun ramai yg minta saya tolong laburkan wang mereka.
Saya hanya mengajarkan caranya agar
setiap individu dapat melaburkan sendiri wang mereka tanpa
melalui orang tengah atau penganjur. Saya yakin,
usaha saya ini yg mengajar orang ramai melabur sendiri
dengan kawalan 100% oleh pelabur sendiri ini sedikit
sebanyak dapat menyelamatkan ramai orang dari rugi akibat
terkena dan tertipu dengan skim2 penipuan seperti skim cepat
kaya,ponzi, piramid, HYIP dsb.
Betul, dahulu mmg bank dan individu billionaire yg mempunyai
net worth yg berbillion saja yg dibenarkan melabur dalam
forex, tetapi sejak tahun 1996, forex dibuka untuk orang
perseorangan, iaitu pelabur runcit (retail investor) seperti
kita semua selepas diluluskan untuk dibuka kepada orang
ramai oleh Presiden Amerika ketika itu, Bill Clinton.
Maaf, Saya pasti kawan anda itu terlalu cetek ilmu
pelaburannya. (selain tak faham pelaburan, dia juga rugi
$40ribu, membuktikan dia mmg tak pandai forex tapi
memandai2...jika pandai, taklah dia rugi $40ribu). Anda
boleh menerima nasihat dari orang seperti ini atau dr orang
yg mahir. Pilihan di tangan anda.
|
|
Soalan 12:
Trade semasa market sideway?
|
Soalan: Posisi
semasa sideway market?
Salam en nasir..nk tanye sikit time market ranging..adakah
kite perlu open position bile market ranging?bagaimana nk
detect?
So,nk mintak pandangan en..Sistem en ini mmg
berkesan..terima kasih kerana memperkenalkan sistem ini kpd
saya
Jawapan:
Agak kurang jelas apa yg anda maksudkan market ranging ini .
Adakah anda maksudkan range bound market atau sideway
market?
Jika sideway market, saya tidak akan membuka apa-apa posisi
pada sideway market. tetapi saya menggunakan teknik yg saya
kenali sebagai teknik 'speed trap' semasa market
sideway yg memang berkesan menghasilkan berpuluh malah
beratus-ratus pips. Teknik ini saya ajarkan di seminar
sahaja sebagai bonus utk peserta seminar kerana agak
sukar diterangkan di dalam ebook (susah nak diceritakan &
difahami melalui penulisan).
Jika saya
masukkan juga teknik 'speed trap' ini ke dalam ebook, tentu
saya dihujani dengan beratus-ratus pertanyaan melalui emel
kerana saya percaya ramai yang tidak faham jika belajar
teknik 'speed trap' saya ini melalui penulisan.
|
|
Soalan 13:
Cara
deposit modal ke akaun trading forex?
|
Soalan: Cara deposit
fund
Salam sejahtera En Nasir. Saya nak tahu camner nak deposit
ke akaun forex FXCM tu. Thru Maybank ke ata bank lain atau
guna kredit kad?
Jawapan:
Cara mendeposit/memasukkan wang modal ke real trade account
FXCM adalah seperti berikut::
1. Layari :
http://www.fxcm.com/
2. Lihat menu bar disebelah kiri,cari & klik "Deposit
funds"
3. Di page deposit funds (http://www.fxcm.com/depositing-funds.jsp)
pilih "International client"
4. Ada boleh deposit fund/ modal anda ke akaun trading FXCM
anda
dengan mengunakan kad kredit anda, wire transfer atau
cheque.
5. Isikan borang yang dipaparkan ..senang saja, dah siap.
|
|
Soalan 14:
Minat,tapi tak tahu
|
Soalan: Minat, tapi tak
tahu
Salam En Nasir. Saya memang teruja, minat dan excited nak
menambah duit melalui forex ini. Tapi masalahnya, saya tak
tahu sepatah haram apa pun forex ni. Banyak terms yang saya
langsung tak faham macam pips, long, short, P/L, dan macam2
lagi. tu dan banyak lagi rasanya.
Soalan saya, adakah ebook ini
hanya untuk orang yg berpengalaman saja?(adakah penerangan
asas diberikan utk yg tak berpengalaman mcm saya ni?).
Jawapan:
Ebooks saya ini sesuai untuk semua peringkat, sama ada
beginner atau advance kerana memang ada penerangan asas
forex diberikan untuk membantu mereka yg baru menceburi
bidang ini memahami asas forex. Utk orang yg dah advance,
mereka boleh skip bab2 asas dan terus ke teknik Kuasaforex.
|
Masih banyak
lagi soalan lain. Saya akan update sedikit masa lagi.
Terms Of Use |
|
|