AMARAN KEPADA PELABUR

  1. Sejajar dengan Akta BAFIA (Bank And Financial Institutional Act) dan AMLA (Anti Money Laundering Act) , Kerajaan mengharamkan pelaburan forex atau sebarang pelaburan JIKA dilakukan bukan secara terus oleh anda, iaitu melalui pihak ketiga (bermaksud: Kerajaan tidak membenarkan anda serahkan wang anda kepada orang lain untuk tujuan dilaburkan. Ini kerana dikhuatiri pihak ketiga melesapkan wang anda).
    Pelabur forex hanya dibenarkan TRADE secara terus/direct kepada broker  forex sah  yang berdaftar dengan NFA (National Futures Association) & CFTC (Comodity Futures Trading Commission) tanpa menyerahkan wang kepada pihak ketiga. Jika anda TRADE sendiri wang anda melalui broker yang sah berdaftar dengan NFA & CFTC seperti FXCM,  tiada masalah.

  2. Contoh pihak ketiga yang mengambil wang pelaburan ialah seperti Skim cepat kaya forex seperti Labu Peram, Pak Man Telo, Platinum Lane, Swiss Cash, ABFund, EAIndex, Winlifund, dan lain-lain adalah antara beberapa contoh skim cepat kaya yang kononnya membuat forex, yang akhirnya melesapkan wang pelabur. Inilah sebabnya mengapa kerajaan mengharamkan forex jika dilakukan bukan secara terus oleh anda sendiri.

  3. Langkah kerajaan ini adalah untuk melindungi anda. Sekali lagi pelabur dinasihatkan agar TIDAK menyerahkan wang untuk dilaburkan oleh mana-mana individu untuk 'tolong' trade.

  4. Kami (PowerTradeFX) ingin menegaskan bahawa kami TIDAK menerima sebarang WANG PELABURAN, TIDAK MEMBUAT PENGURUSAN DANA dan TIDAK memberi TIPS/Nasihat Pelaburan kepada mana-mana individu. Khidmat kami hanya spesifik kepada  memberi perkhidmatan pendidikan untuk membantu orang ramai celik forex dan trade wang mereka sendiri tanpa menyerahkan kepada pihak ketiga. Ini dapat membantu mencegah pelabur ditipu oleh mana-mana individu yang melesapkan wang pelabur, membantu mencegah pelbagai skim pelaburan haram dan juga membanteras skim cepat kaya.

 

PERHATIAN:

  • *As of January 15, 2008, broker berikut tidak didaftarkan di bawah CFTC and NFA:
  • FXDD
  • FXOpen
  • Crown Forex
  • MIG Investments
  • Lite Forex
  • FXcast
  • North Finance